NOTA BAB 2 TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN
BAB 2: TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN
1. Peranan Kerajaan dalam Menangani lsu-isu Tempatan, Negara, dan Serantau
· Kerajaan memainkan peranan yang penting untuk membantu perniagaan bersaing di peringkat domestik dan antarabangsa melalui beberapa kementerian dan agensi.
· Antara agensi tersebut ialah:
o Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri (MITI);
o Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK);
o Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE);
o Bank Negara Malaysia (BNM).
Peranan Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Tempatan
1. Peranan kerajaan pusat
· Aspek perundangan
o kerajaan pusat bertanggungjawab menggubal undang-undang berkaitan dengan pendaftaran dan peraturan perniagaan, perlindungan pengguna, dan pelepasan cukai.
· Aspek kewangan
o kerajaan pusat membantu peniaga mendapatkan pelbagai sumber kewangan
o untuk memulakan dan memajukan perniagaan.
o Tumpuan khas diberikan kepada peniaga kecil kecilan dan pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
o melalui agensi pembiaya seperti :
§ Majlis Amanah Rakyat (MARA),
§ Bank Pembangunan dan lnfrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB),
§ Amanah lkhtiar Malaysia,
§ Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).
· Aspek perkembangan aktiviti perniagaan
o iaitu aktiviti perniagaan ditumpukan kepada aktiviti promosi, latihan dan pembangunan,
o serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
2. Peranan kerajaan negeri
· Mewujudkan kawasan industri;
· Menjalin kerjasama dengan sektor swasta;
· Menarik pelabur tempatan dan asing;
· Membentuk syarikat berkepentingan kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN);
· Menyediakan skim galakan kepada sektor swasta untuk mengusahakan sesuatu jenis pertanian.
3. Peranan Kerajaan Tempatan/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
· Menyediakan kemudahan infrastruktur;
· Mewujudkan pusat-pusat perniagaan dan perdagangan;
· Mengawal kesihatan dan keselamatan awam;
· Melaksanakan tanggungjawab sosial, terutama dalam penyediaan kemudahan awam seperti taman rekreasi.
4. Peranan kerajaan dari aspek pertumbuhan ekonomi
· Terdapat pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan
kegiatan ekonomi dan antaranya ialah:
o Program Transformasi Kerajaan (GTP)
o Program Transformasi Ekonomi (ETP).
· Untuk memajukan ekonomi,
o kerajaan membantu pertumbuhan ekonomi setempat, memperkukuh ekonomi melalui pelaksanaan:
§ dasar fiskal
§ dasar kewangan
§ menggalakkan perniagaan eksport dengan menyediakan pelbagai galakan - contohnya : elaun eksport.
5. Peranan kerajaan dari aspek guna tenaga
· Guna tenaga penuh:
o bermakna: - kadar pengangguran kurang daripada 4 %.
· Terdapat empat jenis pengangguran, iaitu:
1. pengangguran bermusim,
2. pengangguran teknologi,
3. pengangguran kitaran,
4. pengangguran struktur.
· Cara kerajaan mengatasi pengangguran:
1. pengangguran bermusim
o memberi insentif kepada pihak perniagaan
o seperti pengecualian cukai
o untuk membenarkan pekerja terus bekerja;
2. pengangguran teknologi
o membenarkan penggunaan mesin-mesin moden
o hanya untuk proses tertentu
o yang tidak dapat dilaksanakan oleh tenaga buruh;
3. pengangguran kitaran
o melaksanakan dasar fiskal dan kewangan untuk mengatasi ke melesetan ekonomi;
4. pengangguran struktur
o membuat perancangan ekonomi
o sesuai dengan trend perubahan ekonomi dan perniagaan global.
6. Peranan kerajaan dari aspek ekonomi
1. lnflasi
o satu keadaan kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
o disebabkan oleh permintaan yang melebihi penawaran di pasaran;
o inflasi tolakan kos :
§ lnflasi yang berlaku disebabkan oleh kenaikan pengeluaran kos barang dan perkhidmatan
Kerajaan memainkan peranan mengawal inflasi dengan cara :
· galakan pelaburan - untuk meningkatkan jumlah pengeluaran barang dan perkhidmatan;
· memberi subsidi kepada pengeluar -supaya tidak berlaku peningkatan kos pengeluaran ;
· meningkatkan kadar faedah
· melaksanakan dasar kerajaan - seperti mengutip duti eksport terhadap barang eksport.
(b) Deflasi
· suatu keadaan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
· disebabkan oleh kejatuhan dalam permintaan oleh pengguna
· yang tidak mampu membeli barang di pasaran ;
· kesannya ialah:
o kuasa beli penduduk menurun
o kerana kehilangan pekerjaan dan
o ini seterusnya akan membantutkan aktiviti perniagaan;
kerajaan memainkan peranan mengatasi masalah deflasi dengan cara :
1. menurunkan kadar cukai;
2. memberi khidmat nasihat dan mengadakan perundangan -untuk membantu peniaga menggunakan sumber secara optimum;
3. menurunkan kadar faedah;
4. melaksanakan dasar fiskal.
Trend Persekitaran Perniagaan
· bermaksud :
o suatu arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan
o yang dipengaruhi oleh faktor dalaman dan faktor luaran perniagaan .
· Pasaran :
· merupakan suatu keadaan berlakunya urus niaga antara penjual dengan pembeli
· pada suatu tingkat harga dan masa
· yang dipersetujui oleh keduadua pihak.
Pasaran terdiri daripada:
· pasaran untuk semua (mass market) ;
· pasaran produk;
· pasaran kewangan.
Apabila ekonomi berkembang, permintaan daripada pengguna dari dalam dan luar negara akan meningkat dan membawa kepada trend yang berikut dalam negara:
1. guna tenaga - dalam semua sektor (akan meningkat), iaitu :
· sektor utama,
· sektor kedua,
· sektor ketiga
2. pendapatan perniagaan - akan meningkat
· kerana hasil jualan dan keuntungan akan meningkat;
3. negara akan mengalami pertumbuhan ekonomi
· kerana pembayaran cukai oleh perniagaan akan digunakan oleh kerajaan
· untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan masyarakat dan ekonomi.
Undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan
· Digubal dan dilaksanakan dengan tujuan:
o untuk memastikan setiap aktiviti perniagaan dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
· Boleh memberikan kesan terhadap aspek persekitaran
o seperti kesihatan dan keselamatan, pekerjaan, maklumat, perancangan, perlindungan pengguna, persaingan, pengiklanan, undang undang syarikat, serta persekitaran.
· Antara akta berkaitan dengan aspek-aspek berkenaan ialah:
1. Akta Kontrak 1950;
2. Akta Jualan Barangan 1957;
3. Akta Sewa Beli 1967;
4. Akta Perkongsian 1961;
5. Akta Syarikat 1965;
6. Akta Pekerjaan 1955;
7. Akta Perhubungan lndustri 1967;
8. Akta Hak Cipta 1987.
Analisis Faktor-faktor yang Membawa Perubahan kepada Persekitaran Perniagaan
· Para peniaga perlu peka kepada perubahan dalam persekitaran yang melibatkan faktor dalaman dan faktor luaran.
· Kedua-dua faktor ini boleh dikaji dengan melakukan analisis kekuatan (strengths), kelemahan (weaknesses), peluang (opportunities), dan ancaman (threats) (SWOT) yang dihadapi oleh organisasi.
· Analisis SWOT dapat digunakan untuk menggubal strategi perniagaan untuk merealisasikan visi, misi, dan objektif perniagaan.
Faktor dalaman
· merujuk kepada faktor-faktor yang dimiliki oleh syarikat
· boleh memberi kekuatan (S) dan kelemahan (W) kepada sesebuah organisasi.
FAKTOR DALAMAN
|
Huraian
| |
G
|
Gaya pengurusan
|
· Tingkah laku yang ditunjukkan oleh pengurus atau majikan
· untuk mempengaruhi gelagat pekerjanya.
· Antaranya ialah gaya pengurusan laissez-faire, gaya pengurusan sokongan, gaya pengurusan sederhana, gaya pengurusan autokratik, dan gaya pengurusan demokratik.
|
S
|
Sumber manusia
|
· Sumber manusia yang mencukupi dan berkemahiran tinggi akan menjadikan perniagaan menjadi lebih berdaya saing.
· Sumber manusia boleh dibahagikan kepada sumber manusia dalaman dan sumber manusia luaran.
|
T
|
Teknologi maklumat
|
· Sistem teknologi maklumat yang cekap dan berkesan
· membolehkan organisasi menjalankan urusan perniagaan dengan pembekal dan pelanggan dengan segera dan tepat.
· Keputusan perniagaan dapat dibuat dengan serta-merta.
|
P
|
Pemasaran
|
· Strategi pemasaran yang baik dan kukuh dapat mempengaruhi permintaan pengguna terhadap barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi.
· Hal ini melibatkan elemen-elemen campuran pemasaran, iaitu produk, pengedaran, promosi, dan harga.
|
P
|
Pengeluaran
|
· Barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan adalah bermutu dan dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
|
P
|
Penyelidikan dan pembangunan
|
· Dengan adanya penyelidikan dan pembangunan, perniagaan dapat meningkatkan mutu keluaran dan memperkenalkan keluaran baharu di pasaran.
· Melalui penyelidikan pemasaran, perniagaan dapat mengetahui cita rasa pengguna dan trend pasaran.
|
K
|
Kewangan
|
· Struktur kewangan organisasi yang kukuh
· membolehkan sumber kewangan digunakan secara optimum untuk memajukan perniagaan.
|
(b) Faktor luaran
· merujuk kepada faktor-faktor yang boleh memberi peluang (O) dan ancaman (T) kepada sesebuah syarikat.
FAKTOR LUARAN
|
Huraian
| |
U
|
Undang-undang
|
· Peraturan dan undang-undang untuk melindungi pengguna, masyarakat, dan alam sekitar
· boleh memberi kesan kepada cara perniagaan diuruskan, kos operasi dan peletakan harga, serta cara promosi produk.
|
S
|
Sosiobudaya
|
· Cara hidup pengguna yang dipengaruhi oleh budaya dan agama serta umur dan jantina
· boleh memberi kesan kepada permintaan sesuatu barang yang dikeluarkan oleh perniagaan.
|
E
|
Ekologi
|
· Melibatkan isu alam sekitar serta kekurangan sumber-sumber
· seperti bahan mentah dan tenaga yang diperlukan dalam proses pengeluaran.
|
P
|
Politik
|
· Dasar dan polisi kerajaan dilaksanakan melalui undang-undang yang
· boleh membawa kesan positif atau negatif kepaaa perniagaan.
|
E
|
Ekonomi
|
· Keadaan ekonomi yang meningkat
· dapat meningkatkan prestasi perniagaan dan begitulah sebaliknya.
|
T
|
Teknologi
|
· Perkembangan dan perubahan teknologi
· membolehkan perniagaan meningkatkan mutu dan jenis keluaran dan
· hal ini seterusnya dapat meningkatkan peluang pasaran.
|
3. Analisis faktor dalaman dan faktor luaran
· Analisis dalaman dan luaran terhadap sesebuah organisasi perniagaan boleh dilakukan dengan
menggunakan analisis SWOT.
· Analisis SWOT bertujuan:
o menilai kesan perubahan persekitaran dalaman (GSTPPPK) dan luaran(USEPET)
o mempengaruhi aktiviti organisasi perniagaan.
· Kekuatan (S) dan kelemahan (W):
o merupakan komponen untuk menganalisis faktor dalaman (GSTPPPK)
· Peluang (O) dan ancaman (T):
o merupakan komponen untuk menganalisis faktor luaran (USEPET)
Faktor dalaman (GSTPPPK)
· melibatkan kekuatan (S) dan kelemahan (W) organisasi .
· Contoh kekuatan (S) ialah:
o jenama yang sedia terkenal,
o sumber kewangan yang kukuh dan sebagainya
· Contoh kelemahan (W) ialah:
o pekerja yang kurang mahir dan teknologi yang rendah.
Faktor luaran (USEPET)
· melibatkan peluang (O) dan ancaman (T).
· Contoh peluang (O) ialah:
o perkembangan ekonomi dan bantuan kerajaan.
· Contoh ancaman (T) ialah:
o muncul pesaing baharu,
o perundangan dan peraturan baharu kerajaan
o mungkin memberi kesan negatif kepada kos pengeluaran
Penggunaan Matriks SWOT
STRATEGI
|
HURAIAN
|
Kekuatan - Peluang
( S - O)
|
· Kekuatan (S) merujuk kepada kelebihan (S-O) dalam organisasi
· seperti teknologi unik yang dibangunkan oleh organisasi
· boleh digunakan untuk merebut peluang (O) yang wujud
· akibat perkembangan dalam faktor luaran (USEPET).
|
Kelemahan - Peluang
( W - O)
|
· Kelemahan (W) merujuk kepada kekurangan(W-T) dalam organisasi
· seperti kekurangan sumber kewangan (F. Dalaman)
· akan menyebabkan perniagaan tidak dapat meningkatkan pengeluaran
· apabila wujud perkembangan daripada faktor luaran (USEPET),
· contohnya: pertambahan permintaan global akibat perkembangan ekonomi.
|
Kekuatan - Ancaman
( S - T)
|
· Kekuatan (s) organisasi perniagaan
· Seperti: produk (Faktor Dalaman) yang unik digunakan dalam menghadapi ancaman (T) yang wujud akibat perkembangan faktor luaran (usepet)
· Seperti: bilangan pesaing (F. luaran) yang meningkat dalam industri.
|
Kelemahan - Ancaman
( W - T )
|
· Kekurangan (WT) yang dihadapi oleh perniagaan
· Seperti: kos pengeluaran seunit (faktor dalaman) yang tinggi
· tidak dapat menyaingi pesaing (T) yang sanggup menurunkan harga jualan akibat kejatuhan dalam permintaan
· akibat kemelesetan ekonomi global (faktor luaran).
|
Kesan Perubahan Persekitaran Terhadap Organisasi Perniagaan
1 . Pasaran
kesan terhadap pasaran boleh dilihat dari aspek:
· cita rasa, fesyen, dan gaya hidup menyebabkan
· barang lama hilang permintaan di pasaran;
· kemasukan barang import yang lebih murah bersaing dengan produk tempatan;
· pembangunan teknologi yang menyebabkan barang lama hilang permintaan.
2. Trend
kesan perubahan dari aspek trend meliputi:
· guna tenaga
o iaitu penurunan dalam guna tenaga
o akan menyebabkan kadar pengangguran yang meningkat
o seterusnya menyebabkan pengurangan kutipan cukai pendapatan oleh kerajaan;
· pendapatan
o jumlah pendapatan boleh guna yang bertambah
o akan meningkatkan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan
o hal ini akan merancakkan ekonomi.
· pertumbuhan ekonomi
o trend pertumbuhan yang semakin meningkat
o akan memberi kesan positifterhadap perniagaan,
o contohnya: peningkatan dalam permintaan - akan meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan.
3. Undang-undang
kesan perubahan dari aspek undang-undang adalah seperti yang berikut:
1. melindungi perniagaan daripada sebarang penipuan
o contohnya: Akta Kontrak 1950 dan Akta Jualan Barangan 1957
o melindungi peniaga daripada penipuan dalam urus niaga seharian yang boleh merugikannya jika peruntukan dalam sesuatu perjanjian dilanggar oleh satu pihak yang lain.
2. mewujudkan sistem perniagaan secara adil
o contohnya: Akta Persaingan 2010
· bertujuan mewujudkan keadaan di mana perniagaan bersaing secara adil dalam pasaran
· syarikat dilarang menyalahgunakan kedudukan dominan di pasaran untuk mendapat kelebihan persaingan yang menindas syarikat yang lemah.
3. melindungi hak semua pihak di dalam perniagaan
o contohnya: Akta Hak Cipta 1987
· digubal oleh kerajaan bertujuan memberi perlindungan terhadap pemilik karya-karya
· berkaitan sastera, muzik, dan seni terhadap perlanggaran hak oleh pihak lain
· di mana akan merugikan pemilik hak berkenaan.
· di mana akan merugikan pemilik hak berkenaan.
* CREDIT TO rOSWADI DAGANG ❤
No comments:
Post a Comment