NOTA BAB 3: PENETAPAN VISI, MISI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN
BAB 3: PENETAPAN VISI, MISI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN
Maksud Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan
· Setiap organisasi perniagaan perlu mempunyai visi, misi, dan objektif yang selari dengan jenis perniagaan.
· Visi, misi, dan objektif (VMO)
o merupakan unsur utama perancangan strategik yang menetapkan hala tuju organisasi
o untuk mencapai kejayaan dan memacukan kelangsungan perniagaan dalam jangka panjang.
o Ketiga-tiga unsur perancangan (VMO):
§ ini dijadikan panduan dalam pengurusan organisasi dalam membuat keputusan dan tindakan perniagaan.
o Unsur perancangan strategik :
UNSUR PERANCANGAN
STRATEGIK
KETERANGAN
(a)
Visi
• Merupakan falsafah pengwujudan organisasi
• Melibatkan fokus masa hadapan dan perancangan jangka panjang
Penting untuk membuat keputusan dan tindakan bagi memastikan hala tuju perniagaan berada dalam landasan yang tepat
• Contoh : visi sebuah suatu syarikat pengeluar buku ialah 'Kami beraspirasi untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi'
(b)
Misi
• Merupakan satu pernyataan ringkas tentang matlamat utama penubuhan organisasi
• Dibentuk sebagai ketetapan dalam melakukan aktiviti perniagaan untuk mencapai matlamat
Contoh : misi bagi suatu syarikat pengeluar buku ialah 'Kami akan berusaha secara
berterusan untuk menjadi penerbit buku terulung dalam negara dan memenuhi
permintaan semua lapisan masyarakat di Malaysia '
(c)
Objektif
• Merupakan pernyataan khusus tentang bagaimana visi dan misi akan dicapai
• Membantu organisasi mencapai matlamat dalam jangka masa pendek dan juga
jangka masa panjang
• Contoh : objektif bagi suatu syarikat pengeluar buku ialah 'Kami akan menerbitkan sekurang-kurangnya 75 judul buku ilmiah dan 720 judul buku bukan ilmiah setiap tahun untuk lima tahun bermula dari tahun 2017 hingga 2027 '
Perbandingan Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan yang Berbeza
· Visi, misi, dan objektif (VMO) organisasi bermotif untung (OBU)
o adalah berbeza daripada VMO organisasi bukan bermotif untung (OBBU) dan pertubuhan sukarela .
· OBU
o biasanya ditubuh dan dikawal oleh pihak swasta
o untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
o untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
o VMO organisasi jenis ini bertujuan memaksimumkan keuntungan bagi pemilik.
o OBU didaftarkan di bawah Pendaftar Perniagaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
· OBBU
o terdiri daripada persatuan, kelab, pertubuhan,dan yayasan
o yang menjalankan perniagaan dengan matlamat utama
o untuk menjaga kebajikan ahli, masyarakat, dan memberikan perkhidmatan kepada orang ramai.
o OBBU didaftarkan dengan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) adalah berbeza dengan pertubuhan sukarela.
o Pertubuhan sukarela merupakan organisasi yang menjalankan aktiviti secara sukarela dengan masyarakat menjadi pelanggan utama.
· Ciri-ciri Objektif Sesebuah Perniagaan
o Objektif sesebuah organisasi sama ada berbentuk perniagaan atau bukan perniagaan boleh
dibahagikan kepada dua, iaitu: ·
1. objektif jangka pendek;
2. objektif jangka panjang.
o Setiap objektif ini perlu memenuhi seperti yang berikut.
UNSUR
KETERANGAN
(a)
Spesifik
(Specific)
(S)
· Pernyataan objektif hendaklah dinyatakan secara khusus dan
· boleh diukur secara kuantitatif,
· iaitu dalarn bentuk angka, nombor, masa, dan wang ringgit.
(b)
Boleh diukur
(Measurable) (M)
· Objektif yang ditetapkan boleh diukur secara kuantitatif dan kualitatif
· serta boleh dibandingkan dengan pencapaian pada sebelum dan selepas sesuatu aktiviti perniagaan dilaksanakan .
(c)
Boleh dicapai
(Attainable) (A)
· Sesuatu objektif yang ditetapkan hendaklah berdasarkan sasaran yang boleh dicapai.
(d)
Munasabah
(Realistic)
(R)
· Sesuatu objektif yang ditetapkan haruslah munasabah dan
· perlu mengambil kira beberapa faktor
· seperti sumber manusia dan kewangan dalam organisasi.
· Justeru, objektif yang ditetapkan itu tidak mustahil untuk dicapai.
(e)
Jangka masa
(Time frame)
(T)
· Penentuan objektif perlu ada penetapan jangka masa yang perlu dicapai.
· Contohnya, setahun, tiga tahun, atau lima tahun.
Tujuan Penetapan Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan sebagai Panduan Perniagaan
· Visi dan misi
o dapat membantu sesebuah organisasi mencapai matlamat penubuhannya
o dalam jangka panjang.
· penetapan objektif
o jangka pendek dan jangka panjang
o yang selari dengan visi dan misi
o membantu dalam mencapai perancangan strategik organisasi.
· Visi
o merupakan komponen pengurusan strategik dan untuk mencapainya
o mengambil masa sekurangkurangnya lima tahun.
o Hal ini boleh mendorong semua pihak yang terlibat memahami dan bekerjasama
o serta bertindak berdasarkan tanggungjawab dan peranan masing-masing.
· Misi
o pula dibentuk selepas penetapan visi
o merujuk kepada aktiviti yang dijalankan oleh organisasi perniagaan pada masa ini.
o bertujuan memudahkan pihak pengurusan mengagihkan sumber
o seperti bahan mentah, sumber manusia, dan kewangan secara cekap dan berkesan kepada bahagian dan unit perniagaan
o agar mencapai matlamat yang ditetapkan.
· Pernyataan objektif
o akan menjelaskan perkara yang perlu dicapai dan
o ia perlu selaras dengan pembentukan visi dan misi organisasi .
· Objektif
o merupakan asas kepada pencapaian visi dan misi.
o Sesuatu objektif mestilah - SMART:
§ spesifik,
§ boleh diukur,
§ boleh dicapai, munasabah,
§ ada jangka masa.
o lndikator yang boleh digunakan untuk mengukur prestasi perniagaan
(a) Titik Pulang Modal (TPM)
· Merupakan kaedah yang digunakan oleh perniagaan untuk merancang dan mengetahui hasil yang diperoleh bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung.
· Pada titik ini, perniagaan balik modal, iaitu tidak mendapat untung dan juga tidak rugi.
· TPM penting kerana dapat membantu perniagaan mengetahui sama ada perniagaan dapat terus beroperasi atau tidak serta kebolehan perniagaan untuk terus kekal dalam pasaran.
Formula TPM:
TPM = ___________Kos tetap (KT)____________
Harga juaIan seunit (H) - Kos berubah seunit (KB)
Contoh 1:
· Syarikat Pasu Bunga Sendirian Berhad mengeluarkan pasu bunga untuk pasaran seluruh negara.
· Kos tetap (KT) yang ditanggung syarikat ialah RM300 000.
· Harga jualan (H) setiap pasu ialah RM5 dan kos berubah seunit (KB) ialah RM3.
Berapakah kuantiti yang perlu dikeluarkan oleh syarikat agar balik modal?
TPM = __________Kos tetap____________
Harga juaIan seunit - Kos berubah seunit
TPM = RM300 000
RM5 – RM3
= 150 000 unit
Contoh 2:
Fahmi merupakan pemilik Z’F Enterprise yang mengeluarkan rantai kunci bergambar (key chain) untuk pelbagai program syarikat dan agensi kerajaan. Fahmi telah memperoleh satu kontrak syarikat taman tema terkenal di Malaysia untuk menyediakan rantai kunci dan bilangan minimum yang perlu disediakan ialah sebanyak 1000 unit. Syarat utama kontrak ialah Fahmi perlu menyewa sebuah lot gerai di taman tema berkenaan dengan sewa tahunan RM6000. Fahmi tidak memerlukan sebarang alatan tetapi beliau perlu membeli bahan-bahan seperti gegelung plastic berharga 20 sen seunit, klip berharga 10 sen seunit dan kertas photo berharga 10 sen seunit. Fahmi bercadang untuk menjual rantai kunci dengan harga RM8 seunit dan dia menjangka boleh menghasilkan 2 500 unit setahun.
Hitungkan:
a) Titik Pulang Modal
b) Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 1000 unit rantai kunci
c) Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 2 500 unit rantai kunci
a. Titik pulang modal (TPM)
Titik pulang modal : = Kos tetap
harga - kos berubah
Kos tetap
· sewa kedai : RM6 000
Kos berubah
· Gegelung plastik : RM 0.20
· Klip : RM 0.10
· Kertas foto : RM 0.10
: RM 0.40
Harga jualan seunit : RM 8.00
Titik pulang modal (TPM) = RM 6000_____
RM 8.00 – RM 0.40
= 789.47 atau 789 unit
b. Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 1000 unit rantai kunci
Keuntungan = Jumlah Hasil - Jumlah Kos
= (QxH) – (KT+KB)
(1000 X RM 8.00) – RM 6 000 + (1000 X RM0.40)
= RM1 600
c. Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 2 500 unit rantai kunci
(2 500 X RM 8.00) - (RM 6 000 + 2 500 X RM 0.40)
= RM13 000
Contoh 3:
Kos tetap
• Sewa sebulan : rm15,000
• Gaji tetap : rm50,000
Kos berubah:
• bagi sepasang kasut : RM50
Harga jualan :
• bagi sepasang kasut : RM100
i. TPM = ___RM15000 + RM50000___
RM100 – RM50
= __RM65000___
RM50
= 1300 pasang
Jumlah kasut yang perlu dikeluarkan sepanjang tahun 2017 ialah:
= 1300 pasang x 12 bulan = 15,600 pasang
ii. Peningkatan 20% kos berubah pengeluaran kasut:
Kos berubah bagi - sepasang kasut
= (20 % x RM50) + RM50
= RM 60
TPM = __RM65000__
RM100-RM60
= __RM65000
RM40
= 1625 pasang
Contoh 4:
Formula
TPM = _______kos tetap_________
Harga – kos berubah seunit
Kos tetap
• Sewa sebulan : rm10,000
• Gaji tetap : rm24,000
Kos berubah:
• bagi sepasang kasut : RM50
Harga jualan :
• bagi sepasang kasut : RM100
i. TPM = ___RM10,000 + RM24000___
RM100 – RM50
= __RM34000___ = 680 pasang
RM50
Contoh 5:
• Kos tetap: RM50 000
• Kos berubah: RM60 seunit
• Harga seunit: RM100
Hitungkan:
i. Titik pulang modal
TPM = ______Kos tetap____
Harga – kos berubah
= ___RM50 000__ = 1250 unit
RM100 - RM60
** Kalau dalam bentuk nilai, jawapannya RM12,5000 (1250 x RM100)
ii. Jumlah kos pada titik pulang modal (TPM)
Jumlah kos (JK) = Kos tetap (KT) + kos berubah (KB)
= RM50 000 + (1250 x RM60)
= RM125 000
Iii Keuntungan atau kerugian yang diperoleh jika menjual 3 000 unit
Untung = Jumlah Hasil – Jumlah Kos
= (Harga x Kuantiti) - (Kos Tetap + Kos Berubah)
= (RM100 x 3 000) - (RM50,000 + (3000 x RM60)
= 300,000 - RM230 000
= RM70,000.00
Pertumbuhan perniagaan
• merujuk kepada hasil yang semakin meningkat dari semasa ke semasa dan
• seterusnya mendatangkan keuntungan perniagaan .
• Untung ini boleh digunakan untuk membuka cawangan baharu dan
• membesarkan perniagaan sedia ada.
Pemaksimuman keuntungan organisasi
• berupaya mengunakan sumber-sumber perniagaan
• seperti bahan mentah, modal, modal insan, dan teknologi dengan cekap.
• Penggunaan sumber dengan cekap dapat meminimumkan pembaziran serta kos pengeluaran dan
• hal ini dapat memaksimumkan keuntungan dalam jangka panjang.
(d) Daya saing
• merujuk kepada kemampuan perniagaan terus kekal dalam industri berbanding dengan para saing.
• Antara faktor yang menentukan daya saing dan kemampuan bertahan organisasi perniagaan dalam sesuatu industri ialah:
• kewangan;
• jaringan;
• sumber manusia;
• pemasaran;
• teknologi.
(e) Syer pasaran
· merujuk kepada bahagian atau peratus penguasaan jumlah pengguna yang membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan dalam pasaran berbanding dengan pesaing dalam industri yang sama,
· contohnya industri kereta.
o Jika menguasai syer pasaran,
o maka perniagaan berkenaan boleh menjadi pemimpin dan berkemampuan
o untuk terus kekal dan meraih keuntungan yang lebih besar dalam jangka masa panjang.
(f) Jualan
· melalui urus niaga jual beli antara penjual dengan pembeli, penjual akan memperoleh keuntungan
· sementara pembeli mendapat kepuasan daripada penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan.
· Penjual boleh menggunakan pelbagai campuran promosi seperti jualan murah, diskaun harga, sampel, dan peraduan untuk menarik dan memujuk pengguna membeli barang dan perkhidmatannya .
(g) Penyediaan perkhidmatan
· untuk menarik minat pengguna agar membeli barang dan perkhidmatan,
· perniagaan pada masa kini menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti:
1. pembelian atas talian;
2. penghantaran barang ke rumah;
3. kemudahan pembayaran;
4. membaik pulih barang rosak.
Kesan kepada Perniagaan Akibat Kegagalan Mencapai Matlamat dan Objektif
· Keadaan persekitaran dalaman dan luaran perniagaan yang sentiasa berubah boleh mempengaruhi pencapaian matlamat dan objektif perniagaan.
1. Kegagalan mencapai matlamat dan objektif boleh memberi kesan negatif kepada perniagaan, iaitu:
· jualan merosot ;
· tidak mampu membayar kos perniagaan;
· gagal dalam persaingan;
· imej perniagaan terjejas;
· tidak mampu mengembangkan perniagaan.
2. Antara langkah-langkah yang boleh digunakan oleh sesebuah perniagaan untuk mengatasi masalah kegagalan mencapai matlamat dan objektif ini ialah:
· mengurangkan kos;
· menurunkan harga produk;
· mempelbagaikan produk yang ditawarkan;
· mengurangkan pembayaran dividen kepada pemegang saham;
· menggunakan kaedah atau teknologi baharu dalam pengeluaran;
· menyemak semula matlamat perniagaan.
Faktor yang Mempengaruhi Perubahan Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan
1. Faktor yang mempengaruhi perubahan visi, misi, dan objektif perniagaan terdiri daripada:
(a) faktor dalaman (GSTPPPK);
(b) faktor luaran (USEPET).
2. Jadual yang berikut menunjukkan dalaman dan faktor luaran.
perkara
Faktor Dalaman
Faktor Luaran
Maksud
· Merupakan sumber unik
· yang dimiliki oleh perniagaan
· Merupakan persekitaran luaran
· yang merangkumi persekitaran umum perniagaan
Aplikasi SWOT
· Kekuatan (S) (+)
· Kelemahan (W) (-)
· Peluang (O) (+)
· Ancaman (T) (-)
Ringkasan / hafalan
G,S,T,P,P,P,K
U,S,E,P,E,T
Unsur-unsur
· Gaya pengurusan
· Sumber manusia
· Teknologi maklumat
· Pemasaran
· Pengeluaran
· Penyelidikan dan pembangunan
· Kewangan
· Undang-undang
· Sosiobudaya
· Ekologi
· Politik
· Ekonomi
· Teknologi
Faktor Positif / kelebihan
Faktor Negatif / kekurangan
Faktor Dalaman
(GSTPPPK)
Kekuatan
(S)
Kelemahan
(W)
Faktor luaran
(USEPET)
Peluang
(O)
Ancaman
(T)
*CREDIT TO ROSWADI DAGANG

|
KETERANGAN
| |

PADU BAK HANG
ReplyDeleteTq cg
ReplyDeletePadu cg
ReplyDelete