Tuesday, 20 February 2018

NOTA BAB 4 MP PERNIAGAAN

NOTA BAB 4: BAHAGIAN-BAHAGIAN FUNGSIAN UTAMA DALAM ORGANISASI PERNIAGAAN

BAB 4: BAHAGIAN-BAHAGIAN FUNGSIAN UTAMA DALAM ORGANISASI PERNIAGAAN

 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan

1.       Fungsian 
·         merujuk kepada pengelompokan tugas
·         berdasarkan fungsi asas organisasi
·         seperti :
·         pentadbiran,
·         pengurusan sumber manusia,
·         kewangan,
·         teknologi maklumat
·         komunikasi
·         penyelidikan dan pembangunan (R & D),
·         pembelian,
·         pengeluaran,
·         pemasaran,
·         pengagihan, 
·         perkhidmatan pelanggan,
·         jualan.

2.       Struktur organisasi perniagaan merupakan:
·         Susunan dan hubungan antara setiap bahagian fungsian
·         yang terdapat dalam sesebuah organisasi perniagaan.
·         Struktur organisasi:
·         dibahagikan mengikut bahagian fungsian
·         supaya setiap ahli dalam organisasi mengetahui:
·         kedudukan,
·         tanggungjawab, dan
·         spesifikasi tugas masing-masing
·         agar dapat mencapai visi, misi, dan objektif  (VMO)  perniagaan yang telah ditetapkan.

3.       Carta organisasi merujuk kepada:
·         struktur organisasi yang dipamerkan dalam bentuk hierarki dan
·         menggambarkan aspek penting seperti pembahagian kerja, hubungan antara ketua dengan pekerja, jenis tugas, dan hierarki atau peringkat pengurusan.

4.       Tujuan bahagian fungsian adalah seperti yang berikut:
·         Penumpuan pada bidang tugas sahaja 
·         mengikut kemahiran  dan pengkhususan.
·         Berupaya meningkatkan kemahiran 
·         kerana  melakukan tugas yang sama dalam sesuatu jabatan yang sama
·         Memudahkan usaha  melatih pekerja baharu
·         kerana bidang pengkhususan yang sama.
·         Dapat menjimatkan kos dan memudahkan   pengurusan
·         kerana dapat berkongsi sumber yang sama.

 Peranan bahagian fungsian pentadbiran
·         ialah menjalankan urusan dalam organisasi
·         seperti:
·         mengurus,
·         menerima, dan
·         menyimpan rekod serta
·         menyediakan dokumen syarikat
·         mengurus mesyuarat.

Pengurusan Sumber Manusia
·         Pengurusan sumber manusia merujuk kepada:
o   aktiviti perancangan sumber manusia,
o   pengrekrutan,
o   penilaian prestasi, dan
o   kebajikan pekerja.

Tujuan Pengurusan Sumber Manusia ialah:
·         adalah untuk memastikan organisasi:
o   mempunyai keperluan sumber manusia yang mencukupi,
o   membangunkan sumber manusia yang berdaya saing, serta
o   memastikan tenaga kerja kekal dalam organisasi - pembayaran gaji dan upah yang kompetitif selain
o   memberikan motivasi agar produktiviti pekerja terus meningkat.

Bahagian fungsian sumber manusia memainkan empat peranan utama, iaitu:
·         perancangan  sumber manusia;
·         latihan dan pembangunan;
·         perkhidmatan  pekerja dan kebajikan;
·         perhubungan industri.

Kewangan
·         Pengurusan kewangan merujuk kepada:
o   aktiviti merancang,
o   menyusun, mengarah, dan
o   mengawal segala aspek pembiayaan dan perbelanjaan
o   dalam sesebuah organisasi perniagaan.
·         Bahagian fungsian kewangan  bertujuan:
o   Memastikan bahawa sumber kewangan:
§  diagihkan dan dibelanjakan dalam aktiviti yang boleh menjana keuntungan dan
§  sentiasa berada dalam keadaan yang mencukupi
§  agar operasi perniagaan berjalan lancar dan tidak tergendala.

Peranan pengurus kewangan adalah seperti yang berikut:
·         membuat perancangan kewangan,
o   iaitu keperluan dan penggunaan dana organisasi;
·         mengagihkan sumber kewangan kepada jabatan-jabatan lain dalam organisasi
o   secara cekap dan berkesan;
·         mengawal kewangan setiap bahagian
o   untuk memastikan bahawa dana digunakan secara cekap
o   tanpa  sebarang pembaziran .

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
·         Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) :
o   merangkumi penggunaan teknologi komputer
o   seperti : teknologi perisian untuk:
§  mengubah,
§  memindahkan,
§  memproses,
§  menyimpan, dan
§  melindungi semua maklumat
§  yang diperlukan dalam sesebuah organisasi perniagaan secara selamat, mudah, cepat, dan tepat.

·         Tujuan  bahagian fungsian  ICT ialah:
o   Membolehkan operasi perniagaan dilakukan dengan lebih cekap dan berkesan;
o   Memudahkan komunikasi dalaman antara semua stat menggunakan intranet dan komunikasi luaran
§  seperti melakukan e-dagang  dan e-pemasaran
§  melalui  penggunaan   internet;
o   Menyimpan maklumat dan data organisasi
§  Seperti: maklumat sumber manusia, kewangan, penjualan, dan  pembelian;
o   Mempercepat urus niaga pemiagaan dengan pelbagai pihak luar dan
o   seterusnya meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perjalanan perniagaan yang membawa kepada peningkatan keuntungan perniagaan.

Peranan bahagian fungsian ICT adalah seperti yang berikut:
1.       memastikan keselamatan sistem pada setiap masa;
2.       sentiasa memantau untuk  memastikan  bahawa hanya  pengguna  yang  dibenarkan   sahaja mengakses sistem;
3.       mewujudkan dan mengendalikan sistem simpanan bagi data kritikal dalam keadaan kecemasan;
4.       membantu dan melatih stat menyelesaikan masalah penggunaan  perisian baharu;
5.       memantau dan mensyorkan kepada pihak pengurusan  sistem  dan  perisian  terkini  mengikut perkembangan   dan   pemakaian    semasa    yang dapat  membantu  operasi  perniagaan;
6.       membantu pengguna dalam organisasi berhadapan dengan masaiah dan aplikasi komputer.

Penyelidikan dan Pembangunan (R & D)
·         melibatkan pembangunan  produk baharu dan penambahbaikan  produk yang sedia ada.
·         Tujuan R & D ialah :
o   membantu organisasi menghasilkan produk yang bermutu tinggi dan berdaya saing dalam pasaran
o   dengan membangunkan produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

Pembelian
·         Bahagian tungsian pembelian memastikan pembelian
·         bahan mentah, komponen dan stok barang niaga secara bijak dan sistematik agar memberi kesan positif terhadap keuntungan perniagaan.

Peranan bahagian tungsian pembelian:
·         menentukan  kuantiti  dan  spesitikasi  barang yang dibeli adalah tepat;
·         memilih pembekal yang sesuai;
·         memastikan barang diterima tepat pada masanya.

Tatacara   pembelian:

Pengeluaran
·         Bahagian fungsian pengeluaran:
o   bertanggungjawab menghasilkan produk
o   mengikut mutu dan spesifikasi yang telah  ditetapkan  oleh  pihak  pengurusan 
merupakan proses menghasilkan barang
melalui proses transformasi penukaran input kepada output
bagi memenuhi keperluan  dan kehendak pengguna.

Pengurus pengeluaran bertanggungjawab:
·         untuk melaksanakan:
(a)    kawalan terhadap input (kawalan awalan),
(b)   proses transformasi (kawalan semasa) ,
(c)    output (kawalan selepas) .

(a) Kawalan awalan
·         memastikan semua unsur input dalam keadaan baik dan mempunyai kualiti
·         sebelum proses transformasi  dimulakan.

(b) Kawalan semasa
·         melakukan kawalan semasa proses pengeluaran
·         dengan memastikan proses pengeluaran berjalan lancar, pekerja  bekerja dengan
cekap, dan
·         memantau serta  membaik pulih mesin yang rosak semasa  operasi  berjalan.

(c) Kawalan selepas
·         menjalankan pemeriksaansecara manual dan automatik terhadap produk yang dikeluarkan
·         agar memenuhi kualiti yang telah ditetapkan.

Pemasaran
·         suatu aktiviti :
o   mencipta nilai produk,
o   penentuan harga,
o   promosi, dan
o   pengedaran produk
·         bagi menggalakkan berlaku pertukaran
o   yang dapat memenuhi keperluan pengguna dan
o   mencapai objektif organisasi.

·         Tujuan  bahagian  fungsian  pemasaran  adalah:
o   Untuk melakukan pertukaran antara dua pihak,
o   iaitu pembeli dan  penjual. 

·         matlamat bahagian  fungsian ini ialah:
o   mencipta permintaan bagi produk keluaran organisasi
o   agar dapat meningkatkan jualan dan keuntungan.

Strategi  pemasaran - mengandungi dua unsur, iaitu:
(a) sasaran pasaran
·         kumpulan pengguna yang berpotensi membeli dan menggunakan produk yang dikeluarkan oleh organisasi.
·         Kumpulan ini mempunyai ciri-ciri yang sama dari segi cita rasa, tahap pendapatan, tahap pendidikan, umur, dan sebagainya .                                            ·

(b) campuran pemasaran
·         beberapa strategi yang direka bentuk dan diuruskan oleh pemasar
·         bagi tujuan menghasilkan proses pertukaran nilai
·         yang dapat memaksimumkan kepuasan pengguna .

Unsur-unsur campuran pemasaran ini ialah:
1.       produk,
2.       harga,
3.       pengagihan, dan
4.       promosi.

Matlamat bahagian fungsian pemasaran ialah - Mewujudkan dan meningkatkan  permintaan .

Peranan bahagian fungsian pemasaran:
·         mempromosikan produk melalui pelbagai media pengiklanan seperti:
o   televisyen,
o   radio,
o   surat khabar,
o   majalah, dan
o   katalog;
·         mendapat dan mengemaskinikan profil pelanggan yang sedia ada
o   untuk membuat sasaran pasaran;
·         menjalankan penyelidikan pemasaran        
o   untuk mendapat maklum balas pengguna tentang  ciri­ ciri produk yang ada di pasaran.



Pengagihan
·         Bahagian fungsian  pengagihan  bertanggungjawab untuk:
o   memastikan setiap barang yang dikeluarkan diterima oleh  pengguna pada tempat dan masa yang betul.
o   mengenal pasti dan menentukan saluran agihan yang sesuai mengikut jenis keluaran dan memastikan pengangkutan yang digunakan sesuai dengan barang agar tidak berlaku kerosakan, pembaziran  masa, dan kos.

·         Empat  jenis saluran  agihan  utama  yang biasa  digunakan  dalam  mengagihkan  produk  kepada pengguna, iaitu:
§  Pengeluar à Pengguna
§  Pengeluar à Peruncit à Pengguna
§  Pengeluar àPemborong à Peruncit à Pengguna
§  Pengeluar à Ejen àPeruncit à Pengguna
Jualan
·         Bahagian fungsian jualan bertujuan:
o   Memastikan jumlah sasaran jualan yang telah ditetapkan dengan objektif perniagaan tercapai .
·         Peranan bahagian fungsian jualan:
o   menjawab pertanyaan pelanggan berkaitan dengan barang jualan
§  seperti jenis, spesifikasi, dan kualiti;
o   menyediakan sebut harga dan melakukan rundingan dengan pengguna tentang  kadar diskaun dan terma jual  beli;
o   memberikan nasihat teknikal kepada pengguna dan menyemak serta mengemas kini rekod pengguna.

Khidmat Pelanggan
·         Bahagian fungsian khidmat pelanggan pula bertujuan:
o    memberikan perkhidmatan  kepada  pelanggan.
·         Bahagian fungsian ini bertanggungjawab untuk:
o   menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan dengan barang dan perkhidmatan
o   dengan cara menyediakan pakar mengikut jenis produk yang disediakan oleh organisasi berkenaan.

Pembangunan Produk dan Pasaran Baharu
·         Pembangunan produk merujuk kepada:
o   suatu aktiviti dan strategi pertumbuhan kepada perniagaan yang sedang dijalankan
o   bertujuan - memperkenalkan produk baharu kepada pasaran sedia ada.

Langkah-langkah  pembangunan  produk  baharu
·        adalah seperti yang berikut.

  
·         Strategi pembangunan pasaran:
o   merupakan usaha mencari pasaran baharu
o   bagi tujuan memasarkan produk yang sedia ada.
o   ini dapat membantu perniagaan menguasai pasaran yang lebih besar dan
o   mengelakkan daripada terperangkap dalam pasaran sedia ada yang sudah tepu.
o   Pasaran baharu   boleh   diteroka   sama   ada   dalam pasaran domestik atau pasaran antarabangsa .

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
·         Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan:
o   salah satu proses:
§  pengaliran,
§  penyebaran,
§  pemprosesan, dan
§  penyimpanan maklumat
o   menggunakan perantaraan teknologi .
·         ICT menjadi suatu keperluan kepada setiap perniagaan
·         untuk menjalankan aktiviti perniagaan serta
·         memberi peluang kepada perkembangan perniagaan.

Tujuan penggunaan teknologi maklumat seperti yang berikut:
1.       memudahkan sistem operasi perniagaan;
2.       mernperoleh maklumat dengan mudah dan cepat;
3.       memperluaskan skop perniagaan;
4.       memudahkan aktiviti kewangan dan perakaunan;
5.       menjadikan operasi perniagaan lebih cekap dan berkesan;
6.       meluaskan pasaran ke tahap global;
7.       mewujudkan  hubungan  dan jaringan  yang lebih luas;
8.       mempercepat sistem pengeluaran dan pengedaran.

Perkaitan antara Bahagian Fungsian dengan Organisasi Luar, Aliran Maklumat, dan Aliran Barang

·         Antara  kaedah mengaplikasikan maklumat dalam perniagaan ialah:
1.       e-pemasaran,
2.       e-dagang,
3.       e-government,
4.       e-banking,
5.       penggunaan Iaman sosial,
6.       penggunaan  e-mel.

·         Tujuan  interaksi  dengan  organisasi  luar adalah:
o   Untuk mewujudkan komunikasi antara perniagaan dengan organisasi luar
o   seperti pihak pembekal, pelabur, agensi kerajaan, dan pelanggan.

·         Kepentingan interaksi dengan organisasi luar:
o   mewujudkan jaringan perniagaan agar mengukuhkan sistem operasi dan kelangsungan perniagaan dalam pasaran;
o   mengukuhkan hubungan baik sedia ada agar dapat membantu peningkatan dalam pencapaian matlamat perniagaan;
o   menjalin kerjasama strategik;
o   membolehkan perniagaan menambahkan potensi surnber perniagaan seperti pembekalan bahan mentah dan kepakaran.

·         Aliran maklumat merupakan:
o   suatu proses komunikasi yang melibatkan aktiviti pemindahan maklumat
o   daripada sesebuah organisasi perniagaan kepada perniagaan lain.

·         Proses komunikasi dapat dijelaskan melalui rajah di bawah ini.



·         AIiran  barang  dan perkhidmatan  merujuk  pada:
o   suatu  proses  pemindahan  barang  dan perkhidmatan
o   daripada sesebuah  organisasi perniagaan  kepada  perniagaan  lain.

·         Aliran barang dan perkhidmatan adalah seperti yang berikut.




·         Interaksi yang wujud antara perniagaan melibatkan perniagaan kecil dan perniagaan besar, iaitu:
o   perniagaan kecil :
§  mempunyai bahagian fungsian yang sedikit dan
§  berinteraksi secara formal dan tidak formal.
§  Pengurus:
·         mudah  menjalankan  tugas  memantau  segala  aktiviti  staf 
·         berkaitan  dengan  penjualan, pembelian, pengedaran barang, dan penerimaan bayaran daripada  pelanggan.
o   perniagaan  besar:
§  mempunyai  banyak  bahagian  fungsian  dengan  ramai  staf, 
§  justeru  komunikasi  antara bahagian-bahagian 

§  ini adalah  lebih formal  dan mengambil  masa yang lebih  panjang.

* credit to ROSWADI DAGANG

1 comment:

  1. Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

    ReplyDelete